Description
Program Ajar Anak Jaga Ikan (PAAJI) dilancarkan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami.
Tujuannya ialah untuk mendidik anak-anak kecil kita tentang Kawalan Emosi (Emotion Quotient/ EQ) dan Keupayaan Menghadapi Kesusahan (Adversity Quotient/ AQ) melalui hobi penjagaan ikan.
EQ dan AQ amat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup tetapi malangnya kurang diajar dalam silibus pendidikan kita hari ini yang lebih tertumpu kepada Kecerdasan iaitu Inteligent Quotient/IQ sahaja.
Pakej PAAJI dilengkapi dengan semua barangan keperluan untuk anak memelihara ikan yang sihat.
Sekali dengan bekas mudah alih untuk anak membawa ikan kesayangan bersama.
1. Tank plastik, dimensi (cm): 20 (panjang), 14 (lebar), 15 (tinggi).
2. Pam udara senyap bentuk beruang (dikuasakan oleh kabel USB) disertakan dengan tiub udara dan batu udara
3. Penitis 28cm 30ml untuk buang kotoran semasa menukar air.
4. Penapis span XY 2835 untuk disambungkan kepada pam udara.
5. Sauk ikan mini berdiameter 7cm.
6. Bekas mudah bentuk itik untuk anak bawa ikan keluar bersama.
4 faedah utama anak kecil memelihara ikan.
1. Alternatif yang baik untuk tenangkan dan tumpukan perhatian anak daripada memberikan telefon bimbit anda.
Juga boleh membantu mereka kawal emosi sambil nikmati kecantikan ikan.
2. Penjagaan ikan hidup berikan tanggungjawab kepada anak, dia bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ikan itu.
Juga melatih disiplin untuk beri makan dan dan tukar air tank mengikut jadual.
3. Sekiranya kematian ikan berlaku (kami tidak harapkan), anak akan belajar mengendalikan emosi sedih, kecewa dan pulih daripadanya. Adalah lebih berkesan untuk mereka mengalami perkara ini pada usia muda.
4. Pemahaman tentang konsep penapisan dan kitaran nitrogen dedahkan anak kepada sains (biologi). Jika dia tunjukkan minat dan potensi yang besar, ibubapa akan dimaklumkan lebih awal dan membuat rancangan yang sesuai untuk pendidikannya.
Perhatian: Disebabkan saiz bekas mudah alih yang kecil, sebaiknya masukkan hanya 1 ekor ikan. Objectif kita ialah untuk melatih anak kita dan kita harus elak daripada menyeksa ikan juga.
Cadangan jenis ikan: Molly, Platy, Guppy, Feeder Fish.
Reviews
There are no reviews yet.