Description
Ikan mati lagi tanpa sebarang amaran, rasa bersalah sangatlah ni…seperti si pembunuh je yang beli ikan ni.
Masa beli elok lagi…sakit hati lah.
Dah banyak kali kita dengar kes-kes sebegini.
Pemahaman Kitaran Nitrogen penting untuk penjagaan hidupan air. Kebanyakkan kes ikan mati mengejut berpunca daripada kenaikan kandungan ammonia mendadak ataupun ammonia spike.
Ammonia serupa racun dan berpunca daripada tahi ikan ataupun reputan bangkai ikan, makanan ikan berlebihan dan daun-daun.
Ikan tak macam kucing atau haiwan peliharaan lain yang boleh berbunyi dan bersentuhan dengan kita. Jadi susah kita nak kesan masalahnya dengan melihat melalui mata kasar sahaja. Biasanya ikan kesayangan meninggal tiba-tiba selepas kita balik kerja atau bangun waktu pagi.
Kit ujian air ini amat berguna untuk memantau kualiti air akuarium dan mengelakkan tragedi daripada berlaku. Selain Ammonia, Nitrate dan Nitrite, PH juga penting kerana sesetengah ikan seperti Guppy lebih selesa hidup dalam PH7-7.5. Ikan tetra pula suka air PH6-7. Dengan adanya set ini, dapatlah kalian menjaga ikan kesayangan dengan baik.
Set ujian air ini termasuk tabung uji dan bekas untuk ujian, kad-kad warna untuk padanan setiap parameter ujian, dan satu bekas untuk simpanan yang kemas.
Cara penggunaan diterangkan dalam Bahasa Malaysia juga akan disertakan dalam bungkusan.
Setiap set boleh digunakan sekurang-kurangnya 50kali.
Ada 5 pakej, sila pilih mengikut keperluan anda untuk jimat lebih.
Juga boleh beli tester yang berasingan mengikut keperluan anda.
Pakej 1: Kit Ujian Ammonia (NH3), PH, Nitrite (NO2), Nitrate (NO3) (Pemeliharaan Ikan dan Tumbuhan Akuatik)
Pakej 1a: Kit Ujian Ammonia Air Masin (SWNH3), PH, Nitrite (NO2), Nitrate (NO3) (Pemeliharaan Ikan dan Tumbuhan Akuatik Air Masin)
Pakej2: Kit Ujian Ammonia (NH3), PH, Nitrite (NO2), GH (Pemeliharaan Ikan dan Udang)
Pakej3: Kit Ujian Ammonia (NH3), PH, Nitrite (NO2), Nitrate (NO3), GH (Pemeliharaan Ikan, Udang dan Tumbuhan Akuatik)
Pakej4 (Full Set): Pakej 3 + TDS Pen + 4 Tabung Uji Tambahan + Rak Tabung Uji.
Tester yang dijual berasingan: GH, KH, Ammonia Air Masin, Ammonia Air Tawar, Nitrite, Nitrate dan pH.
Cara penggunaan diterangkan dalam Bahasa Malaysia juga akan disertakan dalam bungkusan.
Kad warna kini dilabel dengan English, juga terpapar penjelasan dalam english.
Bilangan kali penggunaan setiap tester seperti berikut:
PH: 120x
Ammonia: 50x
Ammonia Air Masin: 50x
Nitrite: 70x
Nitrate (baru): 60x
GH: Bergantung kepada sifat air ujian
KH: Bergantung kepada sifat air ujian
Dissolved Oxygen (DO): 40x
Total Iron/ Fe: 40x
Phosphate: 20x
Rak Tabung Uji Warna PUTIH memudahkan urusan pemadanan warna cecair ujian dengan kad warna.
Ruang 8 lubang juga menyenangkan kerja penjaga ikan yang ada lebih daripada 1 akuarium. Juga dapat bandingkan keputusan ujian-ujian dengan senang. Tiang-tiang pada rak tabung uji untuk mengeringkan tabung uji selepas pencucian.
Pautan jaluran ujian: https://shopee.com.my/product/320307750/17570479825/
Reviews
There are no reviews yet.